Thursday, July 30, 2015

dengarlah;

tulisan ini
bukan dituju untuk sesiapa
kerna hakikatnya,
aku menulis
bukan untuk nama
bukan untuk bermadah

kata-kata cinta
puisi-puisi romantis
yang aku lakar
dengan wajah gembira
di hari-hari lalu
pancingan belaka
persetankan semua
kerna yang berkata
bukan aku yang nyata
hanya nafsu serakah
mengambil nama

maka hari ini
dunia
dengarkanlah
dengan semangat digenggam
di kiri dan kanan ku

aku melangkah
menuju ke bahterah ini
perjuangan yang aku pilih
di atas nama puaka
si siswa

tangan berganding
dengan mereka
yang ada tika gelap dan terangku
teman yang aku cinta
dengan mereka
si bebal dan si sesat
yang ditomah bermacam
dilabel hina dina
keluarga yang aku kasih

memasang derap-derap dalam likuan itu
untuk berjuang
atas aksara kebebasan itu

Sampahnya senang terbuai
sedangkan
dunia ini makin nazak kerana manusia
jangan jadi manusia itu aku

biar sahaja
pengubah ke arah amannya dunia.






No comments: