Monday, August 8, 2016

kau kenal kak lilo?

pertemuan itu
aku tidak pernah menyangka dia yang dulu dipandang sebelah mata adalah dia yang kini aku sanjung dan sayang sepenuh jiwa. mungkin orang akan sangka ayat-ayat ku persis orang yang sedang dilamun cinta. namun kenyataan nya tidak.
pertama kali aku berjumpa dengannya di tepi tepi rak buku, di pustaka tawau. ketika perjumpaan rasmi kami yang pertama. Dan disitu, aku mula menghidu bau-bau sesuatu yang lain. seakan-akan perempuan di depan aku ini ada apa-apa dengan ketua kami.
mula dari hari itu, aku mula berjaga-jaga dan melihat tingkah lakunya. mula-mula ketua kami, kemudian sahabat yang aku rapat. apakah mahu perempuan ini?
dan sehingga satu saat, aku mula untuk mengikuti perkembangannya di twitter.
setiap tweet nya aku perhati, aku analisis. ah, jika di ingat balek perilaku aku bukan cemburu buta tetapi curiga buta!
--
kita berbicara dari hati
aku tidak tahu bagaimana? tetapi, sekitar bulan 2 itu. aku mula memberanikan diri, untuk bertanya dengannya. siapa dia? mengapa dia buat begini begitu? dan apa mahu nya.
dan dengan sopan dia membalas setiap mesej yang aku lontarkan pada nada yang sangat kejam dan sinis.
dan juga mungkin saat itu, seakan Tuhan tiupkan rasa cinta yang pertamanya. Seharusnya aku marah mendengar luahannya, tetapi sayangnya tidak!
sebaliknya aku mempercaya dan semenjak itu, aku mula berbaik dengannya. tembok curiga itu sendiri mula jatuh merekah perlahan-lahan.
--
Singkat
pada hujung-hujung ramadhan tahun ini, aku mula berangkat pulang perlahan ke kampung tercinta. dan seperti tahun-tahun sebelumnya, saat itu, aku akan habiskan bersama keluarga kecilku dan keluarga kedua ku.
pada masa itu juga, Tuhan tiupkan rasa cinta yang kedua. aku mula rapat dengannya. Hanya satu program, tapi jujur, aku tidak boleh berenggang dengannya!
Aku mula selesa dengannya, banyak perkara yang bukan-bukan kami ter-buat! dan akhirnya gelak bersama! tapi serius, jika aku senaraikan mesti kau termuntah kerana geli!
Sehingga, detik-detik terakhir bersamanya di sana. aku habiskan 2-3 hari dengannya, dengan mereka!
Dan aku teringat, hari terakhir, malam itu, mereka datang ke rumah. aku sangka, hanya sahabat2 MT sahaja, tapi hasilnya tidak! Nampaknya dia juga ada.
Dan masa itu, tiupan cinta kali ketiga Tuhan titipkan buat aku. Buat pertama kalinya aku merasa sangat berat meninggalkan mereka, meninggalkan dia!
--
varsiti
dan hari ini aku mendapat makluman, dia akan melanjutkan pelajarannya di varsiti ku. Gembira dan syukur!
Sehingga ketika aku menelefonnya aku nyanyikan lagu UM! ya Tuhan!
Semoga kak lilo semakin kuat dan dipermudah segalanya. Sejujurnya aku tidak pernah merasa sangat dekat dan rapat dengan orang seperti ini. Sebab aku tahu, jika aku rapat dan aku sayang, pasti orang itu akan pergi dan meninggalkan.
Semoga Tuhan jaga kita berdua sehingga syurga nanti insyaAllah!
oh ya! Kak lilo atau perempuan yang aku cerita ini, namanya syahirah selamat. Kau kenal?

No comments: